Posts

Mona Fandey - Part 16

AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri dalam perbicaraan kes peembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi temerloh pada 1994. Pada posting sebelum ini, Juraimi bercerita panjang lebar mengenai pembabitannya dalam pembunuhan Mazlan. Juraimi disoal peguambelanya Karam Singh Bahl :Ceritakan apa yang berlaku selepas itu? JURAIMI: Selepas kunci rumah, saya masuk ke bilik air dan ambil satu basin. Saya kemudian kumpulkan tulang dan daging (jasad Datuk Mazlan) dalam basin itu. KARAM: Boleh ingat berapa keping? JURAIMI: Ketika itu tak ingat berapa keping. KARAM: Apa buat dengan tulang dan daging dalam basin itu? JURAIMI: Saya ke belakang, ke bilik stor dan terus curahkan tulang dan daging itu ke dalam lubang (yang sudah siap digali). KARAM: Ada Juraimi tutup lubang itu (selepas masukkan tulang dan daging)? JURAIMI: Ada, saya kambus balik. KARAM: Apa Juraimi buat selepas itu? JURAIMI: Saya kemudian masuk bilik air itu dan ambil kain, bla...

Mona Fandey - Part 15

AKU nak sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Cerita ini ada aku ceritakan dalam posting yang lalu. Tetapi yang ini lebih terperinci. Aku kena buat transkrip percakapan mereka dalam mahkamah. Bayangkan berapa panjang mereka cakap. Kalau terlaju cakap terkial-kial aku nak 'figure out' apa benda dia cakap. Kalau salah catat, pembaca pun dapat maklumat salah. Tapi aku ada cara sendiri, minta rujukan catatan peguambela atau pendakwa raya. Kadang kala mereka pun kelabu asap. Pinjam nota aku. Cara terakhir minta rujukan nota hakim. Part ni selalunya berat sikit - kena tahan telinga dan tebalkan muka - dengar 'syrahan' hakim dulu. Dah kerja nak buat macam mana. Bukan itu aja perbuatan dan riak wajah mereka pun kita kena perhatikan. Dia senyum ke, menangis ke, ketawa ke, marah ke - semua kena 'dirakamkan'. Nampak macam real sebab pembaca tak tahu apa yang berlaku dalam mahka...

Mona Fandey - Part 14

sorry terpaksa skip sebab cite bedah siasat boring :) ADA orang tanya cerita apa ni. Apa tidaknya, ada yang baru membaca catatan ini. Ada yang tak baca daripada awal. Aku nak jelaskan buat sekian kalinya bahawa apa yang aku ceritakan ini adalah liputan perbicaraan kes Mona Fandey pada 1994 dan 1995. Kes ini pada masa tu memang cukup famous - aku cakap orang putih sikit. Budak kecil pun aku agak tahu Mona Fandey tu. Ada tiga watak penting dalam kes ini - tertuduh pertama Juraimi Husin; tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan tertuduh ketiga, Maznah ismail atau Mona Fandey. Affandi dan Mona kerap dirujuk seebagai pasangan bomoh dan Juraimi pula pembantu mereka. Ah ada lagi orang tanya berapa Juraimi dapat. Mengikut keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, dia hanya diberi RM180 atas tugasnya - menetak leher Datuk Mazlan Idris. Aku teruskan lagi cerita ini. Juraimi Husin mengaku hanya diberi RM180 selepas selesai melaksanakan arahan menetak leher, memotong sendi-sendi,...

Mona Fandey - Part 11

Image
RAMAI yang ingin tahu lagi mengenai keadaan jasad Datuk Mazlan Idris yang ditemui di sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993. Ada yang pandai buat andaian sendiri. Macam penyiasat persendirian. Aku tak mahu cerita panjang kerana keterangan dalam mahkamah tidak boleh dimanupulasi. Ia mesti tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan pada orang awam. Nak cerita panjang lebar, takut tersilap fakta pula. Jadi aku turunkan petikan keterangan Dr Abduk Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur. Dr Abdul Rahman disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam ZAKARIA: Pada 22 Julai 1993, kira-kira jam 3.20 pagi adakah Dr terima panggilan daripada polis? DR RAHMAN: Ada. HAKIM: Daripada siapa? DR RAHMAN: (Timbalan Penguasa) TPP Takbir (Ahmad Nazim Mohamad). ZAKARIA: Apa pesanannya? DR RAHMAN: Dia memberitahu supaya bertolak ke Balai Polis Raub dan sete...

Mona Fandey - Part 10

Kemesraan Mona Fandey dan suaminya, Affendy dalam mahkamah. KERATAN bahagian-bahagian jasad bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Mohd Idros @ Mohd Mazlan Idris, ditemui dalam empat lapisan tanah selepas digali sedalam kira-kira 1.6 meter. Bahagian-bahagian itu ditemui dalam lubang seluas 1.2 kali 1.3 meter di sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai1993. Perkara itu diberitahu oleh saksi kelapan, Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof, ketika memberi keterangan perbicaraan pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey serta pembantu mereka Juraimi Husin di Mahkamah Tinggi pada 1993. Dr Rahman berkata ketika ke tempat kejadian, lubang itu sudah digali sedalam 1.5 meter oleh pasukan polis hutan.Menurutnya, pada kedalaman kira-kira 1.6 meter, kelihatan bahagian belakang satu jasad manusia dalam lubang itu. Katanya, di sebelah kanan hujung...

Mona Fandey - Part 9

Image
KISAH buah zakar Datuk Mazlan Idris hilang mendapat perhatian ramai baik di dalam atau luar mahkamah. Aku ingat lagi bagaimana orang ramai berminat dengar kisah ini. Tahu ajelah - yang hilang itu benda sulit. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Ke mana perginya, apa hendak dibuat dengan benda tu. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Dr Abdul Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, berkata kedua-dua buah zakar pada jasad yang ditemui dalam lubang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993, didapati hilang. Dr Abdul Rahman membuat keterangan hasil pemeriksaan dan bedah siasat terhadap jasad yang kemudian dicam sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Menurutnya, pemeriksaan terhadap jasad itu, mendapati sistem saluran kencing si mati adalah baik dan tidak mempunyai kelainan. "Semua organ ...

Mona Fandey - Part 8

Image
KETIKA perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994 - keterangan saksi pendakwa Dr Abdul Rahman Yusof - aku kira paling menarik. Dr Abdul Rahman yang pada waktu itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan selama tiga jam 18 minit di mahkamah. Tugas dia memang mencabar membuat bedah siasat jadad Datuk Mazlan. Ia bukan pertama kali dia menjalankan bedah siasat mayat, tetapi kali ini berlainan sekali. Beberapa tahun selepas kes itu, aku bertemua semula Dr Abdul Rahman secara kebetulan ketika menyaksikan satu perembahan di Istana Budaya. Pada waktu itu, dia masih mengenali aku. Aku pula ingat-ingat lupa wajahnya. Selepas memperkenalkan dirinya, aku bertanya khabarnya. Kami hanya sempat berbual ringkas. Tapi dia ada memberitahu selepas kes Mona Fandey, keadaannya tidak 'stabil'. Dia kemudian dihantar ke luar negara sebelum kembali bekerja di HKL. Dr Abdul Rahman dalam keterangan di mahkamah turut ditu...