Posts

Pantang larang Melayu

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Pantang larang Sebab pantang larang wujud Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan . Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan. Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan , dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain. Jangan bergaduh dengan ibu mentua , dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. Jangan melihat gerhana , dikhuatir

Tempat menarik di Padang, Indonesia

Image
1. Jam Gadang Jam Gadang merupakan menara jam yang terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi. Ala-ala Big Ben di London. Kalau anda sampai di Bukit Tinggi, Padang, jangan lupa untuk singgah di sini dan ambil gambar sebagai kenangan. Jam gadang ialah simbol Bukit Tinggi. Selain itu, anda juga boleh menaiki kereta kuda untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Bukit Tinggi. 2. Istana Raja Pagar Ruyung Istana asalnya telah terbakar akibat litar pintas lalu dibina semula. Senibinanya sangat cantik dengan ukiran yang halus. Dari sinilah asalnya datang rekaan bumbung minangkabau yang banyak terdapat di Negeri Sembilan. Memasuki Istana Pagar Ruyung seperti kembali semula ke zaman silam. Istana ini setinggi 3 tingkat. Tingkat pertama untuk singgahsana dan bilik puteri-puteri yang telah berkahwin. Tingkat kedua untuk putri yang masih belum berkahwin. Dan tingkat ketiga adalah tempat penyimpanan barangan penting. Dapur ada dibelakang istana. Kiri istana adalah Tabuan Larangan dan ka

Ahli Kumpulan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada entry kali ini kami akan memperkenalkan ahli kumpulan kami pulak 😁 Onie, Ara, Fatin dan Noraini 1. Noraini binti Mohamad Jamil 2. Fatin binti Abu Hanipah 3. Onie binti Wadie 4. Nur Hazirah binti Kasmin

Minangkabau

Image
Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya meliputi Sumatera Barat, separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, bahagian selatan Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan juga Negeri Sembilan di Malaysia sebagai daerah rantau luar Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor. Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa

MONA FANDEY PART 17

AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dalam keterangannya, tertuduh pertama ini memberitahu dia tidak berniat membunuh Datuk Mazlan Idris. Tapi kenapa dia bunuh juga. Adakah dia kesal dengan perbuatannya. Aku tak mahu ceritakan, tapi baca cerita ini sampai habis. Peguambela Juraimi, Karam Singh Bahl ketika menyoal Juraimi ingin tahu apa yang berlaku seminggu selepas pembunuhaan Datuk Mazlan. JURAIMI: Sepupu Datuk Mazlan datang ke rumah itu (tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub)? KARAM: Apa dia buat? JURAIMI: Dia (sepupu Mazlan) ada cakap dengan saya dan bertanya adakah Datuk datang ke situ? KARAM: Tahu siapa nama sepupu Datuk Mazlan itu? JURAIMI: Namanya tidak tahu. KARAM: Bagaimana Juraimi tahu dia sepupu Datuk Mazlan? JURAIMI: Dia yang perkenalkan dirinya. KARAM: Apa Juraimi cakap pada dia? JURAIMI: Saya jawab: Biasanya Datuk datang seminggu sekali, tapi dah dua ming

MONA FANDEY PART 13

AKU sambung lagi cerita bedah siasat jasad Datuk Mazlan Idris. Pada masa ini (1995/94) kaedahnya tidaklah secanggih sekarang. Macam cerita CSI dengan segala bantuan sains dan teknologi sekarang mereka dapat selesaikan semua masalah. Tapi apabila aku dengar keterangan Dr Abdul Rahman Yusof aku tabik pada dia. Orang kita pun tak kurang hebatnya. Keterangannya sukar dicabar terutama dari segi teknikal. Biasanya peguambela pandai putarbelitkan soal teknikal nak lepaskan anak guam mereka. Ke lain pula aku. Aku sambung balik keterangan Dr Abdul rahman yang disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam. ZAKARIA: Hasil daripada pemeriksaan, apakah kesimpulan atau sebab kematian? DR RAHMAN: Hasil daripada pemeriksaan menunjukkan lelaki ini adalah dalam keadaan sihat dan tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan dia mengalami penyakit ataupun perubahan patalogi yang boleh menyebabkan kematiannya. Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian

MONA FANDEY PART 12

KETERANGAN Dr Abdul Rahman Yusif memang panjang - sampai tiga jam. Aku masih ingat kami dapat rehat sebentar aje. Masa rehat pun perbicaraan diteruskan. Lenguh juga tangan aku buat catatan. Hasilnya yang anda semua baca ni. Sebutir sebutir cakap dia aku kena tulis. Pendekkan cerita aku teruskan catatan keterangan dia. ZAKARIA: Apakah penemuan bedah siasat? DR RAHMAN: Pada pemeriksaan luaran, saya menjalankan pemeriksaan pada satu jasad yang telah dipisah-pisahkan kepada 18 bahagian. Saya juga menyediakan satu salinan carta untuk rujukan. Pertama bahagian kepala yang telah terpisah daripada bahagian badan pada bahagian leher. Kedua, bahagian badan yang telah tercerai dengan kedua-dua tangan pada bahagian ketiak dan tercerai kedua-dua kaki pada pangkal paha. Ketiga, bahagian tangan kanan telah terpisah kepada tiga bahagian iaitu bahagian pergelangan tangan dan bahagian siku. Keempat, bahagian tangan kiri terpisah kepada dua bahagian pada bahagian siku. DR RAHMAN: K